Selasa, 17 Oktober 2017

Shafie Apdal Masih Nak #KlentongBasi

Shafie ni masih nak menegak benang yang basah. Kalau betol Shafie tahu segala2nya *kenapa di tak buat lapuran kepada SPRM? Kenapa mesti tunggu sehingga dia menang PRU baru nak ambil tindakan? Hanya budak hinggusan saja percaya cakap Shafie sedangkan*

SPRM telah bekukan Wang tunai sebanyak RM180 juta yang mereka anggap sebagai sebahagian daripada dana projek bernilai RM1.5 bilion yang disalahgunakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar semasa dibawah tanggungjawab Shafie Apdal.

Tujuh orang, termasuk adik Shafie Apdal, Hamid, anak saudara lelakinya Azis Jamman (Ketua Pemuda Warisan) dan dua pemimpin Pemuda UMNO Sabah telah ditangkap berkaitan dengan siasatan kes tersebut.

SPRM juga dipercayai memanggil beberapa ADUN UMNO Sabah untuk disoal siasat tentang projek-projek tersebut.

Setakat ini, alasan yang diberikan oleh parti Warisan Sabah hanyalah dengan mengatakan ia adalah pendakwaan selektif tetapi yang peliknya ialah mereka yang ditahan tidak pula mengisytiharkan diri mereka tidak bersalah.

Pendakwaan terpilih bererti bahawa anda telah melakukan kesalahan tetapi anda pula fikir ia adalah tidak adil kerana orang lain yang turut terlibak belum lagi ditangkap.

Malah lebih pelik lagi tentang kenyataan ini ialah telah dikeluarkan oleh Shafie Apdal semalam. (Sila rujuk Lampiran dibawah)

Kenyataan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa Shafie Apdal mengaku dia tahu tentang perbuatan salahlaku dalam ketika dia berada di dalam "kerajaan" dan ia akan merupakan ancaman kepada kerajaan jika dia disiasat atau di soal oleh pihak berkuasa kerana dia akan mendedahkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Persoalannya ialah kenapa Shafie Apdal terpaksa menunggu sehingga dia di tahan oleh pihak berkuasa untuk membuat pendedahan ini?

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan Shafie  adalah berasaskan kepentingan dan mempertahankan diri dan bukannya perjuangan untuk melawan perbuatan salahlaku atau rasuah atau menegak keadilan.

Seseorang yang menyembunyikan salah laku kerajaan ketika mendakwa dia sedang memerangi kerajaan untuk keadilan bukanlah seorang pejuang keadilan yang ikhlas.

Shafie adalah menteri yang bertanggungjawab dalam kementerian itu semasa semua projek tersebut telah dianugerahkan. Peter Anthony adalah VP Warisan manakala adiknya didakwa bertanggungjawab didalam beberapa projek ini.

Sudah tentu, Shafie akhirnya akan disoal siasat oleh SPRM.

Persoalan selama ini bagaimana Warisan membiayai perkembangan pesatnya serta mengadakan banyak ceramah dan peristiwanya selalu menjadi tanda tanya besar. Shafie juga harus menjawab soalan ini.

Walaupun kadar krmiskinan banyak berkurangan sejak tahun 2009 kerana dasar-dasar kerajaan tetapi Sabah masih mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. Dana berbillion-billion untuk projek infrastruktur ini adalah bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang termiskin yang selama ini tidak menikmati jalanraya yang elok dan tidak mempunyai akses kepada elektrik atau air bersih.

Perbuatan menerima wang tetapi tidak menyiapkan projek-projek ini atau menyiapkan tidak mengikut spesifikasi memang tidak boleh dimaafkan.

Semua ahli politik tidak sepatutnya menggunakan orang ramai atau popularitinya untuk menyembunyikan kesalahan dan perbuatan rasuah mereka. Jangan berpura-pura menjadi pejuang untuk keadilan dan untuk rakyat sedangkan anda terlibat atau melindungi ketidakadilan yang secara tidak langsung telah menganiaya rakyat - terutama rakyat yang paling memerlukan.

Tidak kira betapa berjaya atau betapa meyakinkan kempen anda dan ucapan-ucapan politik anda dan berapa banyak penyokong yang anda miliki - salah tetap salah.

By: LSS
(Translated by: Ariff Ahmad) .
----

••••••••••••••••LAMPIRAN••••••••••••••••
 
KENYATAAN DARIPADA PRESIDEN PARTI WARISAN SABAH*

Kenyataan Terbaru* 12hb Oktober 2017

"Saya telah lama berkhidmat. Saya juga pernah berada dalam golongan dalaman Najib. Bayangkan betapa banyak informasi yang saya tahu. Saya tidak gentar maupun menyerah kalah. Lagi bagus kalau saya dihadapkan ke mahkamah."

"I have served for a long time. I have sat in Najib's inner circle. Imagine the information I have come to know. I am not afraid nor will I surrender. If I am brought to court, it will be even better."*Datuk Seri Shafie Apdal*


*Komen Admin*

*Komen Shafie adalah kroni Mahathir dan cakao dia pun berbelit sama seperti Komen Mahathir. Pada awalnya katae sanggup dihadapkan di Mahkamah supaya dia boleh bongkar segala2nya tetapi bila berada didepan Hakim, jawapannya senang saja iaitu "TAK TAHU"*
.  
Posted on: 14th October 2017

Facebook Link