Selasa, 17 Oktober 2017

Kisah Orang Malaysia Yang Menjadi Warganegara Negeri Atas Angin



Malaysia bumi bertuah lagi penuh barakah. Bebas daripada rusuhan, perang saudara, bebas daripada konflik antarabangsa.

Bebas daripada segala bencana alam, Keadaan cuaca yang baik. Kini Malaysia menjadi rakyat asing untuk menjadi warganegara . 

Warga negara asing yang berada di Malaysia ini melebihi 3 juta dan 1.7 juta berdaftar sebagai pekerja asing yang sah. Ini tak termasuk yang dikenali sebagai expatriate.

Berikut adalah pendedahan bekas warga negara yang menjadi rakyat negara asing yang ingin kembali ke Malaysia.

From a marhein Hj Zainudin Omar, ...Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:
  1. Seorang pak cik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumur. Masalahnya dia sudah give up Malaysian citizenship dan dah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doktor.
  2. Seorang auntie umur 50'an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland.
  3. Seorang uncle yang saya jumpa di dalam bas di Venice Beach Los Angeles USA. Dalam bas, beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya.Uncle ini dah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.
  4. Seorang auntie yang saya jumpa di London.Kakak ini sudah berkahwin dengan saorang berbangsa Inggeris, dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.
  5. Seorang pak cik di Liverpool, UK.Pak cik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya saorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anak nya.
  6. Seorang pak cik yang saya kunjung kerumah beliau di Melbourne, Australia.Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplain kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan rascism. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.
  7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia. Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara otomatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak. Yang pelik nya, anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.
  8. Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark.Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens. Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k, dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.
  9. Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.Guru ini berumor 50'an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya 'I am living from month to month' dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.
  10. Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa berkembara diluar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja. Betul lah saperti peribahasa melayu:Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia: “My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru diluar negara, make sure don't give up your citizenship 'coz one day you might regret it your wholmarhein.

Sumber - Helmy Basri

JANGAN LUPA BACA LINK INI JUGA, TAK BACA RUGI OOO