Ahad, 30 April 2017

Putar belit Tun Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib Razak.

#BeritaHangit..




FAKTA VS AUTA..


■ Pada mulanya Tun Mahathir mendakwa beliau “telah bekerja keras untuk menjadikan DS Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia,” tetapi sekarang dia “mahu DS Najib disingkirkan pula, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.”


■ Dakwaan tersebut tidak benar kerana ahli UMNO dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memilih untuk menaikkan DS Najib sebagai Presiden parti dan rakyat Malaysia yang kemudiannya memberi mandat kepada BN yang dipengerusi Najib untuk terus memerintah negara.


■ DS Najib mengambil alih kerajaan di saat negara sedanh berhadapan dengan krisis ekonomi global, kesan krisis kewangan yang bermula sejak tahun 1998 ditinggalkan Mahathir dan krisis politik yang sedikit sebanyak juga berpunca daripada sikap kiasu beliau.


■ Tun Mahathir lupa yang Tun Abdullah pernah menegaskan bahawa negara boleh jatuh bangkrap jika beliau mengikut cakap Tun Mahathir ketika itu. Ini adalah kerana negara belum pulih sepenuhnya dari kesan krisis matawang dan kegawatan bermula pada tahun 1998 sehingga kerajaan perlu mengemukakan belanjawan defisit bagi menyokong semula ekonomi dan pembangunan negara.


■ Sebaik DS Najib mengambil alih, mungkin Tun Mahathir tidak sedar, ekonomi negara telah bertumbuh dan berkembang dengan begitu baik dan terus stabil.


Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%). dan 2015 (4.9% – suku kedua 2015).


Secara perbandingan antara negara bagi suku kedua pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Filipina 5.6%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.


■ Tun Mahathir mengaitkan DS Najib dengan kejatuhan nilai ringgit. Ini satu lagi serangan ganas tidak berasas negarawan tua itu.


Analisis nilai ringgit sejak Januari 2009 mendapati, nilai ringgit ketika itu adalah RM3.70 kepada 1 Dollar Amerika (AS$). Pada Januari 2010, nilai ringgit meningkat kepada RM3.30. Peningkatan nilai ringgit hampir mencecah RM2.90 pada Julai 2012 dan nilai ini turun naik di antara RM3.20 ke RM2.95 sepanjang tempoh Januari 2012 sehingga Julai 2014, sebelum turun kepada RM3.20 pada penghujung tahun 2014 seterusnya kepada RM3.70 pada Mac 2015. Kedudukan ringgit kini semakin stabil ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia.


■ Sejak 2009 sehingga hujung 2014, nilai ringgit meningkat kukuh berbanding AS$, tetapi ketika nilai ringgit naik, kenapa Tun Mahathir tidak pernah mengaitkannya dengan DS Najib. Kenapa? Semua kerana politik!


■ Hakikatnya bukan sahaja ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Kenapa nilai matawang kebanyakan negara jatuh?. TIGA faktor paling utama adalah:-


1. Spekulasi peningkatan kadar faedah AS,

2. Harga minyak mentah dan komoditi yang rendah dan

3. Nilai Yuan China menurun.

■ Tun Mahathir mengaitkan DS Najib dengan penyusutan harga saham. Tun tidak sedar, harga saham global juga mengalami penyusutan yang cukup drastik. Selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh rantau ini juga merudum jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1% diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38%.


■ Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar AS) sebanyak – 6.7%, ‘Emerging Markets’ (-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%, Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura (-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden (-6.3%)


■ Tun Mahathir mengaitkan kos sara hidup yang kononnya meningkat selepas pelaksanaan GST. Jika dakwaan Tun ini benar, sudah pasti rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan jauh lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%). Hakikatnya, dari segi Indeks Kos Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding 93 buah negara lain di dunia.

■ Berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura. Malaysia di kedudukan ke-94 di dalam indeks Kos sara hidup. Dan Indeks Kos Sara Hidup di Asia, Malaysia berada di kedudukan ke-29.

■ Tun Mahathir juga mengulangi tuduhan lapuk dan usanh yang dikitar semula mengenai 1MDB. Cuma bezanya kali ini Tun Mahathir tidak lagi berani mengatakan RM42 bilion lesap sebaliknya mengatakan hanya RM20 bilion lesap. Kali ini Tun tidak lagi menyebut kadar faedah adalah hampir 7%, sebaliknya sudah menukarnya kepada hanya 5.9%. U turn is the new game for him yang semakin pelupa?

■ Tun Mahathir masih menuduh Goldman Sachs menerima komisen sebanyak 10%. Tetapi sehingga hari ini, dia masih gagal memberikan sebarang bukti bahawa Goldman Sachs menerima komisen sebanyak itu. Tun juga gagal memberikan sebarang bukti ke mana duit pelaburan PetroSaudi lesap, melainkan hanya mengulangi dakwaan ia mungkin dilesapkan untuk anak tiri, isteri, perkahwinan anak DS Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib. Tapi buktinya mana Tun? Cuma kali ini Tun tidak lagi menyebut tentang Jho Low dan Paris Hilton.

■ Tun Mahathir menuduh 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, tanpa dapat memberikan nilai sebenar harga loji kuasa tersebut dan juga gagal membezakan di antara pembelian stesen janakuasa dengan pembelian sesebuah syarikat pembekal kuasa (IPP). Bezanya kali ini, Tun tidak lagi berani menyebut mengenai soal lesen yang hampir tamat.


■ Tun Mahathir juga membuat kesalahan fakta apabila mengatakan bahawa “satu2nya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur,” sedangkan hakikatnya 1MDB masih mempunyai tanah di Pulau Pinang dan Selangor, serta mempunyai asset kewangan yang disahkan kewujudannya dalam penyata akaun diaudit 1MDB dan telah disemak dengan teliti oleh Ketua Audit Negara.

■ Secara tiba2 Tun Mahathir sudah mempercayai media asing yang merupakan musuh yang tidak dipercayainya selama 22 tahun pemerintahan beliau. Mungkin Tun Mahathir lupa bahawa selama ini, dia lebih banyak disebut oleh media asing (senagai MO1), bukan sahaja berkaitan pelbagai skandal ekonomi dan kewangan, kapitalisme kroni dan "bail-outs" tetapi juga berkaitan tindakannya ke atas DSAI, penahanan musuh2 politiknya dan pembunuhan di Memali. Mungkin Tun tidak malu, tetapi ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang merasa amat malu dengan tindakan2nya yang dilaporkan media asing di sepanjang tempoh pemerintahannya.

■ Antara tajuk artikel yang pernah mencemar nama baik Malaysia melibatkan Tun Mahathir adalah:-

1. “Rescue Plan for Perwaja Carries a Hefty Price Tag,” WSJ, December 31, 1996

2. “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son,” WSJ, May 1, 1998

3. “Malaysia: Turning A Cash Cow Into A Beast Of Burden (Int’l Edition),” Businessweek, August 15, 1999

4. “Privatisation and Bailouts in Malaysia: The truth about privatization,” Aliran Monthly, Volume 25, issue 6 2005

5. “We encourage Mahathir’s evil,” Free Malaysia Today, September 13, 2013

6. “Malaysia Reins In Opposition,” Washington Post, August 12, 2001

7. “Malaysia’s ex-PM Badawi hits out at predecessor,” Jakarta Post, August 9, 2013

8. “Mahathir’s Disastrous Financial Speculation,” Asia Sentinel, March 5, 2012

■ Ini belum pelbagai dakwaan lain, termasuk laporan bahawa Tun Mahathir membazir dan mengakibatkan negara kerugian RM100 bilion seperti yang didakwa oleh Barry Wain, dalam buku “Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times.”

■ Adakah Tun Mahathir begitu terdesak kerana rancangan untuk menggulingkan dan menjenayahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak bulan Mac 2014 masih belum menjadi kenyataan?.

Apakah kesudahannya cerita Tun ini? Dapatkan beliau melonjakkan kredibiliti Mukhriz untuk jadi PM?


Tulisan Asal: Rozmi Mokhtar
Disunting oleh: Editorial Desk..

#SuarMerdeka - Kebebasan. Persamaan . Keadilan

Pas talak 3 dengan Pkr

Pas parti kononnya Islam sepatutnya sudah lama menolak PKR.  Sekarang baru nak bercerai.  Perkahwinan Pas dan PKR boleh diibaratkan perkahwinan haram.

Kenapa haram? 

Cuba kita kembali ke tahun 1997. Ketika itu Anwar Ibrahim pencetus kewujudan parti Pkr telah disabitkan dengan skandal salah guna kuasa dan skandal seks. 

Pada ketika itu Mat Sabu telah berjumpa dengan Ummi Hafilda untuk mengorek cerita salah laku seks Anwar Ibrahim.  

Mat Sabu berjaya menjual cerita kisah Aljuburi Walliwati Alsontotti. Ketika itu Mat Sabu menjadi hero Pas kerana setiap kali membuat ceramah, beliau berjaya menarik ribuan penonton. 

Akhirnya Anwar Ibrahim tewas dan dipecat oleh Memanda Mahathir Mohamad.  

Pelik bin ajaib sebaik sahaja Anwar Ibrahim dipecat dan memulakan langkah reformasi dan tentangan hebat kepada Mahathir Mohamad, ahli Pas telah buat U-turn. 

Mereka yang sebelum ini bertempik sorak akan kejatuhan Anwar telah buat pusingan U untuk bersama Anwar Ibrahim sekali lagi untuk menjatuhkan Mahathir. 

Ekoran dari itu Pas telah bekerjasama kembali dengan Anwar Ibrahim untuk berada dalam Pakatan Alternatif pada tahun 1999.

Jadi tidak hairanlah jika Pas juga sanggup bekerjasama dengan Dap dan Semangat 46 ketika itu.

Pru 12, Pas bergabung dengan Dap dan PKR dalam membentuk kerajaan negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.  

Pas yang anti Umno menggunakan hujah Umno Kafir sejak awal penubuhan nya kerana Umno bekerjasama dengan Mic dan Mca. 

Akan tetapi dengan menggunakan istilah Tahaluf Siasi Pas halal dan tidak kafir untuk bekerjasama dengan Dap kafir harbi.

Itu lah susur galur penceritaan Pas yang berkahwin mutaah dengan Pkr. 

Dalam Muktamar Pas yang semalam, PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR.  

Oleh ia membabitkan kerusi Pas di Selangor dan Pulau Pinang.  

Pas hanya ada satu kerusi di Pulau Penang iaitu Saleh Man dan tak ada kesan langsung. 

Impak yang besar ialah di Selangor.  Menteri Besar Selangor ialah Pkr dan Menteri Besar Selangor berkuasa penuh terhadap pelantikan Exco kerajaan.  

Jadi kedua dua pihak terutama exco dan Azmin Ali yang berkuasa tidak perlulah bermain wayang lagi. Gunakan kuasa yang ada untuk membuat rombakan barisan exco.

Apa macam, boleh kan? 




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Awas! Penipuan menggunakan nama Umno

Oleh kerana Umno merupakan sebuah parti politik membela rakyat maka kesempatan ini telah diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai seluruh negara.

Diharapkan dengan keluar nya kenyataan oleh Setiausaha Kerja Umno ini rakyat terutama peniaga kecil tidak akan terpedaya dengan tipu muslihat ini. 

DAP SEMUA OKAY. PIHAK LAIN SEMUA TAK OKAY.

*DOUBLE STANDARD KERAJAAN DAP LIM GUAN ENG: ONLY WORLD GROUP LANGGAR UNDANG-UNDANG DIBENARKAN OPERASI TANPA CCC DI BANGUNAN THE TOP@KOMTAR!*

Masih ingat lagi  pada 25 Jun 2015 Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister dikatakan mengikut undang-undang.

Ketika itu Ahli Majlis MBPP dari DAP Ong Ah Teong, berkata pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan. Kata  MBPP mereka hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tetapi lain pula bula bangunan The Top @KOMTAR beroperasi secara haram tanpa Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan ( CCC). Amat jelas pemaju Only World Group dimiliki oleh Dato' Sri Richard Koh proksi Lim Guan Eng yang melabur RM200 juta untuk The Top @KOMTAR melangggar Undang-undang PBT. Mereka mengutip wang secara haram sejak 4 bulan yang lalu! selanjutnya...

Sabtu, 29 April 2017

BASIKAL TIDAK LAGI DIBENARKAN DALAM PERKHIDMATAN KTM KOMUTER





Bermula Isnin 1 Mei 2017 , penunggang basikal menggunakan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth akan tidak lagi dibenarkan untuk membawa basikal mereka. 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan semalam, berkata sebab peraturan baru itu adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan bilangan yang semakin meningkat daripada penumpang. 

"Apabila perkhidmatan yang mula diperkenalkan pada September 2015, kita hanya mempunyai 500 penumpang setiap hari. 

Sekarang, kita mempunyai kira-kira 11,000 penumpang setiap hari. 

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang terjadi dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua penunggang basikal dan kumpulan berbasikal yang telah menggunakan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth kami. 

"Bagaimanapun, basikal masih dibenarkan di laluan Butterworth-Padang Rengas-Butterworth kami." 

Pada Jun tahun lepas, KTMB telah melancarkan program 'Ride and Ride' dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai, terutamanya penunggang basikal, menggunakan pengangkutan awam ke destinasi popular di utara seperti Butterworth, Taiping, Gurun dan Padang Besar itu. 

Ia berkata sejumlah 10.173 penumpang telah membawa bersama basikal mereka pada perkhidmatan Komuter utara sejak Jun tahun lalu hingga Mac.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Industri Kereta Api Malaysia Haniff Ghazali berkata daripada mengharamkan basikal di laluan tertentu, KTMB seharusnya merangka satu penyelesaian untuk penunggang basikal yang menggunakan armada untuk bekerja, bermain dan mempunyai masa yang baik dengan rakan-rakan dan keluarga. 

"Oleh kerana perkhidmatan kereta api laluan utama muktamad yang memenuhi dalam bandar dan antara negeri, KTMB tidak mampu untuk menurunkan penumpang dalam segmen eko-pelancongan dan sukan-kesihatan. 

"Kita sedar bahawa enam gerabak menetapkan dalaman semasa tidak mesra terhadap simpanan basikal tetapi mengharamkan basikal tidak jawapan. 

 "Oleh itu, saya berharap KTMB kreatif dapat menangani semua keperluan segmen pasaran dan mengoptimumkan kapasiti ETS."

Skim pelaburan forex: RM500 juta hilang ke mana, soal DAP

LGE disyaki menyalurkan duit rasuah ke luar negara melalui skim ponzi






Posted by SnapShot at 4/29/2017


Suatu pendedahan laman web menimbulkan keperluan LGE disiasat untuk salahlaku money laundering dari kaitannya dengan MBI.

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/04/siasat-lge-untuk-wang-haram-melalui.html

MBI adalah suatu sykt yg mulanya terlibat dengan digital currency dan tuan punyanya ada Teddy Teow:

http://www.mbiv2u.com/index.php/team/mr-tedy-teow/

Pada mulanya ia digembar gemburkan sebagai suatu fenomena baru dari innovasi yg bakal menggegarkan dunia perniagaan:

Riding the MCoin wave
http://m.thesundaily.my/node/395455

Rupanya ia adalah:

MBI international scammers arrested in Taiwan
http://behindmlm.com/mlm/regulation/mbi-international-scammers-arrested-in-taiwan/

Malah iamya satu ponxi scheme:

http://combatingillegalpyramidscheme.blogspot.my/2015/04/mbi-mface.html

Dalam skima ini, ia melibatkan pelaburan hartanah di Pulau Pinang yang disuspek ada urusniaga dengan kerajaan negeri.

Malah MBI dipercayai biayai Tan Sri yang ditaham NRRET kerana tipu beli tanah Melayu keliling projek lapangan terbang baru Kulim.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/26/dap-gives-48-hour-ultimatum-to-investment-company-boss/


http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2017/03/royal-linked-tan-sri-among-raided-for.html

Adakah ponzi skim dan money game jadi MO untuk LGE lakukan money laundering untuk pesungkan wang rasuah dan kickback dari projek2 ke luar negara?

Ini bukan tuduhan tapi hanya suspek

Jumaat, 28 April 2017

KERAJAAN AZMIN HANYA LULUS PROJEK RUMAH MAMPU TENGOK SAHAJA

Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha untuk menyediakan perumahan yang baik kepada  rakyat tanpa mengambil kira negeri tersebut milik pembangkang atau tidak.

Selangor merupakan negeri milik pembangkang yang ketua eksekutifnya ialah Azmin Ali dari parti PKR.

Azmin dalam retorik politiknya baru-baru ini muncul dengan agenda nya Skim Smart Sewa Rumah kepada penduduk tempatan terutama yang baru berkahwin dengan kadar sewa RM500 sebulan.

Ia sebagai kempen untuk melawan program perumahan rakyat yang begitu rancak di laksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Azmin dan PKR selalu menipu rakyat dalam bab perumahan. Sejak zaman Khalid Ibrahim lagi mereka sentiasa berbohong kepada rakyat Selangor mengenai perumahan.

Perumahan rakyat di Sepang, Lembah Subang dan tidak terlepas juga perumahan Felda di Hulu Bernam yang menampakkan kerajaan PKR tidak prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

Azmin dilihat lebih suka kepada projek perumahan mewah yang hanya mampu tengok oleh golongan B40.  Lihat sendiri perumah mewah di kawan Puncak Alam dan Puncak Perdana. Tanah dijual dengan murah tetapi rumah teramat mahal.













MORAL OF THE STORY IALAH...PAKAT PAKAT BUANG KERAJAAN PEMALAS, KERAJAAN KORUP DAN ZALIM.



PAP Singapura Arah Kit Siang Kembali Untuk Tawan Malaysia



Kemunculan Lim Kit Siang dalam politik DAP menjadi misteri kerana dia bukan salah seorang pengasas DAP, tidak bertanding atas tiket PAP pada PRU 1964, tetapi tiba-tiba mengambil alih DAP pada tahun 1969 dan menjadi Setiausaha Agung parti itu hingga tahun 1999 iaitu kira-kira selama 30 tahun. PAP yang telah mengarahkan Lim Kit Siang supaya balik ke Malaysia untuk mengambil alih parti daripada Devan Nair.

“Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Devan Nair telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi Bangsar. Dengan kemenangan tersebut maka Devan Nair dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP.

“Walaupun Devan Nair merupakan wakil rakyat bagi kawasan undi Bangsar tetapi beliau sering membantu PAP di Singapura. Semasa memegang jawatan wakil rakyat Bangsar, Devan Nair telah meninggalkan kawasan undinya, (Bangsar) dan lari ke Singapura bagi membantu PAP dalam usaha parti itu (PAP) melicinkan pergerakan kesatuan buruh di sana. Kawasan undi Bangsar ditinggalkan dengan tidak ada pengawasan dari DAP.

“Melihat dan menimbang DAP di Malaysia tidak ada yang menangani dan mentadbirkannya maka pucuk kepimpinan PAP di Singapura telah mengarahkan salah seorang pemberita di New Straits Times Singapura (pulang) ke Malaysia bagi mengetuai dan menguruskan DAP. Beliau adalah Lim Kit Siang,” dedahnya.

Ooi Kee Beng yang mewawancara Kit Siang menulis dalam bukunya menyebut Setiausaha Agung PAP, Kuan Yew merupakan individu yang memujuk Devan Nair agar meninggalkan parti politik di Malaysia dan kembali semula ke Singapura.

“Parti (DAP) hanya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kit Siang menjadi pengasas editor organ parti, The Rocket pada bulan Ogos tahun itu dan juga menjadi Setiausaha Organisasi Kebangsaan yang bermaksud tugasnya untuk membentuk cawangan-cawangan DAP di seluruh negeri.

“Devan Nair mengikuti nasihat Lee Kuan Yew, kemudian telah meninggalkan politik di Malaysia dan kembali ke Singapura, meninggalkan manusia seperti Kit Siang dan pengasas serta Pengerusi parti Dr. Man Hin untuk meneruskan perjuangan,” ulasnya. Pada penghujung tahun 1968, Devan Nair telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan kembali semula ke Singapura.

Janji Dimungkiri

Namun, kepulangannya ke Singapura tidak menjamin beliau dilantik sebagai Presiden Singapura sepertimana yang dijanjikan Kuan Yew sebelum ini. Presiden Singapura ketika itu adalah Yusof Ishak yang merupakan Presiden Melayu yang pertama dan terakhir di republik itu.

Apabila Yusof meninggal dunia pada 23 November 1970 ketika masih memegang jawatan Presiden Singapura, jawatannya itu telah dipangku oleh Speaker Parlimen Singapura, Yeoh Ghim Seng selama 40 hari untuk mencari pengganti yang sesuai.

2 Januari 1971, nama baharu Presiden Singapura telah diumumkan, namun bukan nama Devan Nair yang dlantik.

Presiden kedua Singapura bagi menggantikan Yusof ialah Benjamin Henry Sheares. Sheares telah menjadi Presiden Singapura selama tiga penggal bermula pada 2 Januari 1971 sehingga 12 Mei 1981.

Pada asalnya Sheares mahu bersara selepas tamat penggal kedua, namun Perdana Menteri Kuan Yew telah memujuknya68 yang ketika itu berusia 70 untuk meneruskan tugas Presiden bagi penggal ketiga sehingga ke tarikh kematiannya pada 12 Mei 1981.

Selepas Sheares meninggal dunia, Devan Nair tidak dilantik terus sebagai Presiden Singapura ketiga. Devan Nair hanya dilantik ke jawatan itu pada 23 Oktober 1981 selepas Ketua Hakim Wee Chong Jin dan Speaker Parlimen Yeoh Ghim Seng memangku jawatan itu selama 158 hari.

Namun, Devan Nair hanya sempat memegang jawatan Presiden Singapura hanya untuk sepenggal sahaja (1981-1985) selepas karier politiknya dibunuh oleh Kuan Yew dengan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan termasuk seorang pemabuk dan kaki betina.

Pada 28 Mac 1985, Devan Nair meletak jawatan sebagai Presiden Singapura. Perdana Menteri Kuan Yew memberitahu kepada Parlimen bahawa Devan Nair meletak jawatan untuk mendapatkan rawatan bagi ketagihan araknya, namun tuduhan itu dinafikan oleh Devan Nair sendiri. Sebagai jawapan balas, Devan Nair berkata dia meletak jawatan kerana ditekan oleh Kuan Yew kerana mereka tidak sehaluan dari sudut pemikiran politik.

Devan Nair ketika bertemu dengan kolumnis The Star M. Veera Pandiyan pada 29 Julai 1987 menafikan tuduhan-tuduhan Kuan Yew dan menyifatkan pertuduhan ketagihan arak dan salah laku seksual ketika lawatan rasmi ke Sarawak adalah suatu pembunuhan watak.

“Pendek kata, beliau (Devan Nair) berkata apa yang dilakukan kepadanya adalah suatu ketidakadilan dan pembunuhan watak secara kasar di mana beliau dan keluarganya terpaksa bertahan.

“Dalam perjalanan pulang, saya masih ingat lagi satu jenaka yang terkenal mengenai LKY: Kuan Yin ialah Dewi Rahmat tetapi Kuan Yew adalah Tuhan tanpa belas kasihan,” ulas kolumnis itu.

Selepas meletakkan jawatan, Devan Nair dan isterinya berhijrah ke Amerika Syarikat dan menetap di Gaithersburg, Maryland. Kemudian mereka berpindah ke Bloomington, Indiana. Pasangan itu kemudian berpindah ke Hamilton, Ontario, Kanada, sehingga kedua pasangan itu meninggal dunia di sana.

Isterinya, Avadai Dhanam, meninggal dunia pada 18 April 2005 diikuti dengan Devan Nair, meninggal dunia iaitu pada 7 Disember tahun yang sama.

Permintaan terakhir Devan Nair disampaikan kepada kerajaan Singapura bahawa mayat beliau mahu dikebumikan di republik itu, namun permintaan itu tidak dipenuhi dan kini badan Devan Nair bersemadi di tanah perkuburan Hamilton, Kanada.

Kemunculan Kit Siang

Wartawan Raggie Jessy mendakwa Kuan Yew telah melakukan pengkhianatan kepada Devan Nair, dengan mengeluarkan dia daripada arena politik Malaysia yang bertujuan untuk melonjakkan Kit Siang menguasai DAP.

“Tetapi Kuan Yew mungkin telah melakukan pengkhianatan kepada Devan Nair ketika itu. Ramai yang percaya bahawa matlamat utama bertujuan untuk Kit Siang mengambil alih tampuk parti itu (DAP) daripada Devan Nair.

“DAP secara rasminya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kit Siang berkhidmat sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dari tahun 1966- 1969, sebelum mengambil alih tampuk parti sebagai Setiausaha Agung pada tahun 1969, selepas tempoh yang bergelora (13 Mei) dalam sejarah Malaysia.

“Semenjak itu, DAP memperjuangkan pasaran bebas dan layanan sama rata untuk semua rakyat Malaysia. Ironinya, Kit Siang sendiri terlibat dalam kontroversi melalui kenyataan-kenyataannya yang lebih menjauhkan orang Melayu dengan orang Cina. Dia mengetuai kumpulan Melayu moderat dan golongan kiri bersama-samanya berkali-kali memainkan isu hak istimewa Melayu dan status bahasa Melayu.

“Arah aliran berbau perkauman, parti-parti berasaskan Melayu sentiasa menjadi sasaran serangannya tanpa henti-henti. Seperti yang tercatat dalam fakta, dia memusuhi setiap Perdana Menteri Malaysia sejak Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan.

“DAP menjadi terkenal selepas Pilihan Raya Umum ke-12, apabila orang Cina memperjudikan undi dan menyokong padu parti itu. DAP mengutip kredit daripada kerja keras bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai daya tarikan,” ulasnya.

Kit Siang merupakan ahli politik yang naik mendadak dalam hieraki politik DAP, ketika berusia 28 tahun, selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, dia berjaya mengawal parti sebagai Setiausaha Agung.

Dia memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun, bermula dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas itu dia memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP dan jawatan terkini sebagai Penasihat DAP.

Lanjut dapatkan buku kontroversi di “Bahaya DAP kepada Melayu-Islam Di Malaysia” di pasaran.

sumber AIDC

Mencela Si Pencela Pemerintah

Mencela Si Pencela Pemerintah

Zaa'idah (B. Qudamah) bertanya kepada Manshur B. al-Mu'tamir:

إذا كنت صائما أنال من السلطان شيئا فقال لا فقلت اذا كنت صائما أنال من أصحاب الأهواء شيئا قال نعم

"Apabila aku berpuasa, bolehkah aku mencela pemerintah?"

Beliau menjawab, "Tidak."


Zaa'idah bertanya lagi, "Kalau begitu, bolehkah aku mencela pengikut hawa nafsu (orang yang mencela pemerintah)?"

Beliau menjawab, "Ya! Boleh." [Hilyatul Auliya', 5/41-42]

Ramai yang tertanya-tanya tentang riwayat ini. Ini bukanlah hadis. Ia adalah kata-kata seorang tabi'in yang bernama Manshur bin Mu'tamir.

Siapakah Manshur Bin Mu'tamir? Adakah beliau seorang yang dipercayai? Kenalilah rahimahullah dengan membaca fakta tentang beliau.


Nasab Dan Keturunan

Abu Ahmad Hakim: "Sungguh datuknya (Abdullah bin Rabi'ah As Sulamy) pernah melihat Nabi, ada pun Manshur adalah seorang tabi'in. Walaupun dia seorang tabi'in dia tidak pernah meriwayatkan hadis dari para sahabat, dia hanya meriwayatkan hadis dari para tabi'in yang lainnya.


Periwayatan Dan Penyampaian Hadis

Manshur meriwayatkan hadis dari kalangan tabi'in tidak ada periwayatan yang dia ambil dari sahabat. Dia mengambil dari Abi Wail, rabi'I bin hiras, ibrahim an nakho'I, khoitsimah bin Abdurrahman, hilal bin yasaf, zaid bin Wahb, Dzar bin Abdillah, Kuraib, Abi Dhuhae, Abu Sholih bin dzaam, Abi Hazim Al Asyja'I, sa'id bin Zubair, 'Amir Asy syi'bi, 'Abdulloh bin Murroh.

Banyak para tabi'ut tabi'in yang mengambil darinya di antaranya adalah Husein bin Abdirrahman, Ayub As sahtiyani, Sulaiman Al A'Masy, Sulaimin At Taymi (mereka adalah para tabi'in), yang lainnya adalah Ibrahim bin Adham, Fudhail bin 'Iyadh, asbat bin Nashr, Israil, ja'far bin Ziyad Al Ahmar, hasan bin sholih bin Hay, Sufyan bin 'Uyainah, abu 'Awabnah Al wadhah, Jarir bin Abdil Hamid, Salam bin Abi Muthi', Zaidah bin Qudamah, Mufadhdhal bin Muahalhal dan masih banyak yang lagi.

Ketsiqahan Dan Hafalan Hadis

Seorang periwayat hadis pastilah dia dikenali dengan kekuatan hafalan hadisnya, akan tetapi diterima atau tidaknya periwayatan sesorang tidak hanya didasarkan kepada kekuatan hafalan saja, akan tetapi lebih dari itu dia juga harus tsiqah dan bebas dari cacat. Sunguh agama ini dikuatkan dengan indahnya sanad yang bersambung.

Manshur bin Mu'tamir ini adalah salah satu dari para periwayat hadis yang telah berjasa di dalam menyebarkan hadis Rasulullah. Dengan kekuatan hafalan yang dia miliki dia telah menyelamatkan hadis - hadis rasulullah. Inilah komen para ulama tentang kekuatan hafalannya:

1. Berkata Abdurrahman bin Mahdy: "Tidak ada seorang pun di Kufah yang banyak hafalan (hadis) dari pada Manshur".

2. Ibnu mahdi berkata: "Tidak ada di kufah orang yang tsiqah kecuali terdapat pada empat orang iaitu dimulai dari Manshur bin Mu'tamir, Abu Husen, Talhah bin Kuhail dan Amru bin Murroh". Dia menambah: "Manshur adalah yang paling tsiqah di antara mereka".

3. Yahya Al Qohthon berkata: "Manshur adalah seorang yang bagus hafalan hadisnya".

4. Syarik bin Abdulloh: "Aku tidak meragukan sama sekali periwayatan hadis yang diriwayatakan dari Manshur".

5. Yahya bin Ma'in: "Manshur adalah seseorang yang paling faham dalam masalah hukum".

6. Abu Nu'ain Al Mula'i: "Beliau adalah orang yang jujur tidak pernah bohong".

Bahkan tidak pernah dijumpai bahawa beliau menulis satu hadis pun, kerana dia belajar dan menyampaikan hadis dengan hafalannya yang luar biasa.

Dari Syu'bah: "Aku mendengar Manshur bin Mu'tamir berkata: "Aku tidak pernah menulis hadis satu pun", ditambah komentar Abdurrahman bin bin Mahdy: "Tidak ada orang yang lebih hafal Quran dan Hadis melebihi Manshur.""

Takut Kepada Allah

Apa gunanya seorang yang berilmu tinggi akan tetapi dia tidak bertambah takutnya kepada Allah. Tidaklah dikatakan seorang yang alim dengan banyak periwayatan hadis, akan tetapi seseorang itu dikatakan alim apabila dia dengan ilmunya bertambah takut kepada Allah. Firman Allah taala: "Sesungguhnya yang paling takut dikalangan hambaku adalah para ulama.

Manshur bin Mu'tamir ini layak dijadikan qudwah di dalam amalannya sehari-hari. Dia terkenal dengan ruhbanun fil lail wa asadun fin nahar (rahib tatkala malam tiba dan dan singa tatkala siang menggantikan malam). Kerana didorong oleh rasa takutnya kepada Allah 'Azza wa Jalla selama 40 tahun dia tidak pernah meningalkan solat malam. Berkata Kholaf bin Tamim, dari Zaidah: 

"Sesungguhnya Manshur selama 40 tahun tidak pernah meninggalkan shoum sunnah dan qiyamul lail".

Tidak hanya itu, setiap malam pun dia menangis teresak-esak dihadapan rabil 'alamin seolah-olah dia baru saja membunuh seseorang. Maka dengan wajah kehairanan pernah suatu ketika ibunya berkata kepada anaknya: "Wahai anakku apakah kamu telah membunuh seseorang sehingga kamu menangis sedemikian rupa tatkala solat?" Dia menjawab wahai ibu: "Aku lebih tahu dosa yang telah aku perbuat".

Sibuknya beliau bercengkerama dengan Allah tidak menghalanginya untuk memperbaiki hubungan dengan manusia. Beliau manusia yang seimbang di dalam kehidupan. Seimbang di dalam membahagi waktu untuk Allah dan bermu'amalah dengan manusia lainnya. Berkata Kholaf bin Yamin: "Ketika Subuh tiba……(setelah malamnya dia menangis dihadapan Allah) …..dia mencelak matanya dan menyisir rambutnya lantas dia bermu'amalah dengan masyarakat lainnya.

Ibadah Dan Soum
Khusyuk adalah roh di dalam solat, apa jadi solat yang dihadirkan untuk Allah, akan tetapi di dalamnya rapuh tanpa adanya roh. Khusyuk ini adalah perkara yang paling sulit dikerjakan bagi seorang hamba kecuali bagi mereka yang benar-benar takut kepada Allah Azza wa Jalla.

Dari Abu Ahwas, anak perempuannya bertanya kepadanya: "Wahai ayah di manakah batang pohon yang berada pada rumah itu (maksudnya: rumah Manshur)?".

Ayahnya menjawab: "Wahai anakku itu bukanlah batang pohon, akan tetapi itu adalah Manshur bin Mu'tamir yang sedang solat malam menghadap Rabbil 'alamin."

Abu Bakar bin Iyas berkata: "Aku melihat Manshur apabila berdiri solat dia mengikatkan janggut didadanya".

Abdulloh bin Ajlah berkata: "Aku berpendapat bahawa Manshur adalah orang yang terbaik ketika solat". وكان يخضب بالحناء

Dari al Ahnasy, berkata Abu Bakar: "Kalau sekiranya kamu melihat Manshur bin Mu'tamir, Rabi' bin Rasyid, dan Ashim bin An Najd di dalam perkara solat, mereka semuanya meletakkan jenggotnya dia atas dada mereka (menunjukkan atas khusyu'nya mereka), dan mereka adalah orang yang terbaik didalam solatnya.

Tidak hanya beliau rajin berqiamullail akan tetapi beliau juga rajin dalan mengerjakan puasa, bahkan selama 40 tahun beliau tidak pernah meninggalkan shoum sunnah. Abu bakar bin Iyas berkata: "Manshur adalah orang yang sering qiyamullail (qowwam) pada malam hari dan (showwam) orang yang sering puasa tatkala siang hari.

Berkata 'Ala' bin Salim: "Manshur sering solat malam dihalamannya. Ketika beliau wafat. Ada anak yang bertanya kepada ibunya. "Dimanakah batang pohon yang berdiri dihalaman orang itu? (maksudnya; rumah Manshur), berkata ibu tadi : "Wahai anakku itu bukanlah batang pohon akan tetapi itu adalah Manshur yang berdiri tatkala solat malam".

Sufyan bin 'Uyainah berkata tatkala mengomentari Manshur bin Mu'tamir: كان عمش من البكاء yang artinya hampir-hampir penglihatannya kabur kerana banyak menangis.

Abu Hatim Ar Razy ketika membandingkan antara Al A'masy dengan Manshur: "Al A'masy terkadang berbuat tadlis dalam hadis akan tetapi Manshur tidak pernah melakukannya dan dia lebih tsiqah daripadanya".

Wafat
Tahun 132 H. di tahun inilah Manshur bin Mu'tamir, Ishaq bin 'Abdulloh bin Abu Tholah, Shofwan bin Salim dan Abu Bakr bin 'Amru bin Hazm wafat. Semuanya wafat di Kota Madinah Al Munawwarah.

Jihad
Sufyan bin 'Uyainah : "Ketika Manshur berada di kem perang dia mengganti bajunya dengan baju perang untuk melakukan ribath".

Komentar Ulama

Diberitahukan dari Abdulloh bin 'Adiy al Hafidz dari Abu Nu'aim al Fadhl bin 'Abdulloh bin Mukhlid dari Muhammmad bin 'Ali berkata: berkata Mu'adz dari Yasa' al Jarani: "Sesungguhnya Manshur bin Mu'tamir tidak pernah berkata-kata (bercakap-cakap) ba'da Isya' selama 30 tahun."

Diceritakan dari ibnu 'Uyainah dia bercerita: "Aku melihat manshur bin mu'tamir didalam mimpiku, aku berkata kepadanya: apa yang dilakukan Allah terhadapmu? hampir-hampir sahaja aku menumui Allah dengan amalan sebagaimana amalan nabi. [446-2:المنتظم]

Berkata Sufyan: "Sesungguhnya Manshur berpuasa selama 60 tahun dan solat tahajud pada malam harinya". […..سواء.....]
___________
Rujukan:

1. Siyar a'lam an nubala'


2. Bidayah wan nihayah


3. Tarikh jarhan


4. Al muntadhom


5. Tarikh kholifah






https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/posts/1959836010916853


Speech act menghalalkan fitnah media barat

Propaganda yang dibuat oleh dunia barat adalah untuk menguasai dunia. Ia selaras dengan kehendak Freemason dalam agenda New World Order. 

Sebelum muncul NWO ia lebih dikenali sebagai One World Government.  NWO digunapakai dan dipopularkan oleh Presiden George Bush dalam tahun 1990.

NWO dilaungkan oleh Bush untuk membentuk dunia yang aman daripada pengganas.

Mereka jugalah yang mewujudkan jihad mujahidin dan Daesh dan akhirnya dengan alasan keamanan dan kesejahteraan dunia Iraq diserang hingga ranap sebuah kerajaan yang bertamadun sejak era Babylon.  

Propaganda barat telah sebati dalam negara kita. Ramai ahli politik kita cenderung ke arah polisi mereka terutama Anwar Ibrahim dan Mahathir.  

Mahathir mungkin tak nampak sangat agendanya tetapi Anwar dan NWO ketara sangat selepas menubuhkan parti Keadilan. 

Mungkin kita tak pernah mengenali Gene Sharp. Siapa kah individu ini? 

Sharp adalah bapa segala syaitan yang telah mengajar manusia tentang revolusi rusuhan yang menyebabkan beberapa negara Arab runtuh. 

Malaysia tak terkecuali kerana ada talibarut mereka yang berjaya menjadi wakil rakyat yang disanjung oleh Melayu pkr dan Melayu pas. Mereka ialah Tian Chua dan Elizabeth Wong. Kedua dua ini berada dalam pertubuhan NED ( New Endowment for Democracy).

Demonstrasi Reformasi tahun 1998 dan Bersih sehingga siri ke 5 adalah agenda NED dan NWO. 

Termasuk isu tuduhan kematian rakyat Mongolia dan pembelian kapal selam.

Isu kapal selam terus sepi kerana pembohongan mereka terdedah sebab tiada kes yang disebut di mahkamah Perancis.  Dua peguam upahan yang di usung ke Malaysia pun kini hilang tanpa berita.

Sejak 2013 1mdb pula menjadi topik utama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. 

Sarawak Report dan Wall Street Journal menjadi perkakas baru untuk menjatuhkan kerajaan terutama Najib. 

Di sini terserlah tembelang Mahathir yang dahulunya konon tidak mempercayai media barat tetapi sengaja atau tidak telah mengikut telunjuk barat. 

Jika dahulu kita tidak sedar atau tidak tahu bahawa Mahathir juga terpengaruh dengan NWO.  Tetapi kini telah didedahkan bahawa binaan KLCC dan beberapa binaan di Putrajaya mempunyai ciri ciri Freemason.  

Portal AIDC NEWS banyak membongkar kegiatan songsang dan songlap Anwar Ibrahim.  

Kadang kadang mengajar lembu lebih sukar dari mengajar manusia.
Begitu jugalah apabila melibatkan cai munga

Politik Sabotaj Melalui Pemalsuan Fakta Arah Aliran Wang Dari Entiti Berkaitan 1MDB.

Entiti Pertama: Tanore Finance Corporation

■ Tanore Finance Corporation merupakan syarikat yang menyalurkan wang derma, sumbangan anak arwah Raja Abdullah Raja Arab Saudi kepada DS Najib menerusi Falcon Bank di Singapura ke akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala Lumpur. Sejumlah AS$681 juta wang dimasukkan ke  akaun DS Najib pada awal Mac 2013.

■ Portal Sarawak Report yang memetik laporan akhbar WSJ sekali lagi mendakwa AS$650 juta (RM2 bilion) dipindahkan dari akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala Lumpur ke akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Bank Singapura pada hari akaun di AmPrivate Bank ditutup 30 Ogos 2013.

■ Provokasi terhadap DS Najib tercetus apabila siaran akhbar WSJ pada 2hb Julai 2015 mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

■ Ekoran dari laporan WSJ itu, pada 5hb Julai 2015 DS Najib mengumumkan akan memfailkan saman FITNAH terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan WSJ yang mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion.

■ DS Najib menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

■ Peguam DS Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun telah menulis kepada Peguam Kanan WSJ iaitu Philip Jeyaretnam, untuk bertanya sama ada akhbar yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan SPEECH ACT jika pihak DS Najib mengeluarkan saman terhadap WSJ.

■ Kerana Akta SPEECH akan melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah dari pihak luar negara itu. 

■ Telahan dan sangkaan pihak peguam DS Najib adalah tepat, di mana pihak peguam WSJ akan tetap menggunakan AKTA SPEECH jika DS Najib menyaman akhbar mereka.

■ AKTA SPEECH telah diluluskan oleh, bekas Presiden AS Barrack Obama pada kongres 2010 bagi melindungi penulis, ahli akademik, dan wartawan negara AS dari dikenakan tindakan undang2 daripada negara lain.

■ Akta SPEECH (Ikatan Perlindungan terhadap Warisan Perlembagaan Kukuh dan Berpanjangan) di Amerika menyatakan sabitan memfitnah yang dikeluarkan dari negara lain
tidak boleh dikuatkuasakan di Amerika Syarikat, kecuali jika ia konsisten dengan undang2 Amerika Syarikat.

■ Speech Act was signed into law by Ex-President Barack Obama on August 10, 2010 at the 111th United States Congress

Speech Act ( Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage Act)

The Act amends Part VI of title 28, United States Code, by adding a new section 181 titled "Foreign Judgments". The legislation as signed contains findings that overseas libel claims have a chilling effect on free speech, matters of "serious public interest", and investigative journalism, and that internationally, little has been done about this. The laws implemented are that:
Article no. 1 - no. 6 (Please Read)

■ Rentetan daripada tuduhan dan dakwaan siaran berita akhbar WSJ berkenaan wang RM2.6 bilion yang dijadikan isu oleh pihak parti pembangkang terutama dari YB  Rafizi Ramli, YB Tony Pua dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, telah memaksa satu siri siasatan secara menyeluruh dijalankan bagi melihat kebenaran fakta kes wang RM2.6 bilion ini. 

■ Beberapa siri serbuan telah dilakukan oleh pasukan petugas khas yang dibentuk dari gabungan pihak SPRM, PDRM dan BNM. Kes ini juga melibatkan pembekuan akaun2 pihak yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemindahan dana yang disyaki dari 1MDB.

■ Pada 3hb Ogos 2015 SPRM telah mengumumkan kepada media, bahawa hasil siasatan SPRM mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. 

■ SPRM juga mendapat tahu tentang butiran penderma adalah berasal dari Timur Tengah melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat 4 surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. 

■ Dalam dokumen itu ada dijelaskan SUMBANGAN RM2.6 bilion adalah sebagai DERMA. Sumbangan derma RM2.6 billion itu TIADA KAITAN
langsung dengan 1MDB. 

■ Sidang media yang diadakan pada 26hb Januari 2016 di Putrajaya, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada apa2 kesalahan jenayah dilakukan DS Najib berkaitan siasatan kes dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

■ Dalam siri siasatan pihak SPRM, mereka telah bertemu dan merakam percakapan saksi2 termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.

■ Amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat DiRaja Arab Saudi pada 2013. Daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. Tiada syarat dikenakan oleh penderma kepada DS Najib, ia dibuat atas dasar kepercayaan dan kepimpinan DS Najib berhubung isu2 utama. 

■ Ketiga2 kertas siasatan berhubung 2 kes berkenaan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.

■ Pada 13hb Mac 2016, Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia DS Tengku Sariffudin melaporkan, buat pertama kalinya, Wall Street Journal (WSJ) terpaksa mengakui bahawa dana yang disalurkan kepada DS Najib adalah dari Arab Saudi.

■ Hampir setahun WSJ menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Arab Saudi. Permainan persepsi dan prejudis dari akhbar WSJ menyebabkan DS Najib, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia menjadi mangsa keadaan.

■ Namun, hasil kerja keras semua pihak termasuklah peguam negara TS Apandi Ali yang terpaksa melakukan penyiasatan menyeluruh ke atas bukti2 termasuklah bukti pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga DiRaja Arab Saudi akhirnya memihak kepada Y.A.B Perdana Menteri, bahawa dana tersebut adalah bersumberkan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

■ Terdapat juga akhbar2 dari beberapa negara melaporkan yang wang RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah bukannya wang dari 1MDB. Di antara akhbar2 tersebut adalah;

1. 21hb Januari 2016 British Broadcasting Corporation telah mengesahkan duit itu adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Saudi.
"The secretive donation to Mr Najib was allegedly paid over in several wire transfers between late March 2013 and early April 2013, just ahead of the election on 5 May.The well-placed Saudi source, who has asked not to be named, told the BBC the payment was authorised from the very top - from Saudi Arabia's late King Abdullah - with funds coming from both his personal finances and state funds".
2. 29hb Mac 2016 ABC Four Corners telah pun sahkan duit RM2.6b adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Sudi
3. State media - Channel NewsAsia.
"Saudi minister says donation to Malaysia's Najib was genuine".

Laungan Jahanam PAN Bergema Di Muktamar PAN



Memang ia kelihatan kasar apabila PAS melaungkan Jahanam PAN, yang merujuk kepada Parti Amanah Negara (PAN) ketika muktamar PAS sedang diadakan tetapi ia sebenarnya menunjukkan bahawa PAS sudah benci sangat dengan parti serpihannya itu.

Tanpa dapat disembunyikan lagi kemarahan tersebut, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN", sebaik sahaja beliau habis membacakan ikrar selepas membacakan ucapan alu-aluan pada Muktamar Dewan Ulama PAS  di Alor Setar.

Selama ini pun PAS memang menganggap PAN, yang diterajui oleh Muhamad Sabu sebagai pengkhianat yang bersekongkol dengan DAP. 

Melewati semula kewujudan bibit-bibit kebencian berkenaan, PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang kalah pada pemilihan parti itu pada 2015.

Apa yang membuatkan PAS marah ialah Muhamad Sabu atau Mat Sabu dengan bangganya menyatakan bahawa PAS tidak lagi relevan dalam landskap politik negara dan kononnya PAN ditubuhkan untuk membuat pembaharuan. PAN kemudiannya menjalin kerjasama dengan DAP dan bergabung di bawah Pakatan Harapan.

Dan pada Muktamar Tahunan Pas pada 2015 itu juga menyaksikan Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mula menyerang parti Islam itu.

Malah asakan keras oleh Guan Eng itu terhadap presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membangkitkan semangat perwakilan ketika itu untuk bersatu. Mereka tidak kisah kehilangan Putrajaya asalkan tidak menggadai maruah apabila dihina DAP.

Kini pada 2017, PAS sekali lagi mencetuskan gelombang sama dengan mengambil tindakan tegas iaitu untuk menamatkan hubungan politik dengan PKR.

Tindakan itu diambil selepas Abdul Hadi memutuskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan politik bersama DAP dan PAN.

Jelas sekali di sini, PAS memang bencikan PAN dan rakan sekongkolnya DAP. Ketegasan yang diambil oleh PAS itu sebenarnya memberikan kesan yang besar kepada PKR. Selama ini PAS yang banyak membantu kemenangan calon PKR di kerusi yang mereka tandingi.

Tanpa jentera PAS, boleh dibayangkan bagaimana PKR selepas ini. Ternyata PAS punya pendirian dan mahu berjuang sendirian tanpa bantuan Pakatan Harapan. Mungkin selepas ini laungan jahanam bukan lagi untuk PAN, mungkin akan ditujukan pula kepada DAP.

Khamis, 27 April 2017

GST, Pendidikan dan Perubahan.



Hujah penyokong Mahathir tanpa GST pun PM Mahathir mampu bangunkan negara lebih baik dari Najib dilihat amat tidak rasional. Mereka membuat andaian yang bersifat subjektif semata-mata. Juga didorong untuk menipu dan memfitnah.

Dalam bidang pendidikan misalnya, jumlah guru pada zaman Mahathir (2000) hanyalah 267,010 orang untuk 4 juta lebih pelajar.

Hari ini, Perdana Menteri Najib Razak (2016) mempunyai 421, 828 orang guru untuk mendidik lebih 5 juta pelajar.

Pada tahun 2000 jumlah sekolah ialah 8,876 manakala pada 2016, di era Najib Razak kita mempunyai 10,180 sekolah untuk dibiayai.

Ini belum mengambil kira pengenalan pelbagai teknologi yang telah meningkatkan kos pengurusan berbanding di zaman Mahathir.

Selain itu, pada 2007, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan semua Yuran Sekolah dan Yuran Peperiksaan Sekolah dimansuhkan.

Pada 2007 juga kerajaan telah mengumumkan pemberian buku teks secara PERCUMA kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu-bapa.

Bebanan kewangan ini semua perlu ditanggung oleh Kerajaan BN Najib Razak demi keselesaan dan kemajuan rakyat.

Pada 2012, PM Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji guru di antara 37-39 peratus yang merupakan antara kenaikan gaji guru-guru yang terbesar dalam sejarah.

Kepada guru-guru yang memaki hamun Najib Razak, ingatlah sebahagian daripada anda kini berada di profession perguruan kerana kerajaan hari ini berhasil mencari pendapatan alternatif bagi menambah bilangan guru terlatih dan meningkatkan gaji anda semua..

Jika menggunakan pendekatan Era Mahathir, hampir separuh daripada anda kaum guru tiada kerja pada hari ini.

Semua ini dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan prestasi pendidikan, asas dan teras bagi pembangunan negara.

Penyokong Mahathir perlu ingat, kaedah pentadbiran beliau mungkin baik pada zamannya tetapi sudah amat absolete atau lapuk pada hari ini.

Sumber  : fb Dr Ibrahim 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Pantau Keadaan Pokok Elak Kejadian Buruk:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan terhadap keadaan pokok-pokok tang ditanam.

Ini kerana bagi mengelak kejadian buruk seperti yang berlaku di Bandaraya Ipoh pada baru-baru ini sehingga mengakibatkan kemusanahan dan meragut seorang nyawa orang awam.

“Datuk Rusnah Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan) telah minta Majlis Bandaraya Ipoh (Ipoh) memantau keadaan pokok-pokok yang ada di Ipoh khususnya dan juga di seluruh negeri untuk pastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku.

“Walaupun ia agak sukar apabila melibatkan angin yang kuat, tetapi kerja-kerja pemantauan untuk memastikan pokok reput dan boleh datangkan bahaya perlu dirawat,” katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang pada 24 April lalu, terdapat lapan kenderaan termasuk enam kereta rosak dihempap pokok tumbang di dua lokasi berbeza.

Dalam insiden pertama berlaku di kawasan tempat letak kereta di belakang sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, lima kereta dan dua motosikal dihempap dua pokok besar yang tumbang.

Pada tarikh yang sama dimaklumkan juga berlaku kejadian yang sama di dua lagi lokasi iaitu di hadapan Hotel Seri Malaysia serta Hotel Impiana.

“Jadi saya harap kejadian ini dapat diperhatikan dan saya bersimpati dengan keluarga terlibat,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Pendakwah Mengajak Kepada Perbuatan Khawarij



Mula berminat dan mengenal agama itu bagus dan terpuji. Namun haruslah berhati-hati agar tidak terjebak mengikuiti pendakwah-pendakwah yang mengajak melakukan sesuatu amalan yang bukan dari agama.

Hadis Hudzaifah, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda;

دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوْهُ فِيْهَا فَقُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَمُوْنَ بِأَلْسِنَتِنَا

"Akan muncul dai-dai yang menyeru ke Neraka Jahannam, barangsiapa yang menerima seruan mereka maka mereka akan menjerumuskannya ke dalam Jahannam.

Hudzaifah bertanya: "Wahai Rasululah sebutkan ciri-ciri mereka?"

Rasulullah menjawab: "Mereka dari golongan kita dan berbicara dengan lisan-lisan kita..."" [HR Bukhari 6/615-616 & 13/35, Muslim 12/235-236, Baghowi 14/14, Ibnu Majah 2979, Ahmad 5/399 & 5/391]

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Fathul Baari 13/36: "Iaitu dari kaum kita dan yang berbicara dengan bahasa kita serta dari agama kita. Di dalamnya ada isyarat bahawa mereka itu dari Arab".

Ad-Dawudi berkata: "Mereka itu dari keturunan Adam".

Al-Qoobisy berkata: Maknanya, secara zahir mereka itu dari agama kita tapi secara batin mereka menyelisihi (agama kita)".

Mereka menampakkan kesungguhan dalam memberi solusi, dan maslahat bagi umat. Tapi mereka menipu manusia dengan gaya bahasa mereka, dan hati-hati mereka menginginkan untuk menjalankan misi-misi tuan-tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Nasrani. 

Allah berfirman;

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

"Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani hingga kalian mengikuti agama mereka." [Al-Baqarah/2:120]

Contohnya pendakwah yang mengajak kepada menghasut, membenci, berdemonstrasi, memprovokasi, mengaibkan dan menjatuhkan pemerintah Islam dan perbuatan-perbuatan lain yang bukan dari agama kita.

Mereka mengemukakan dalil dan hujah namun segalanya adalah dusta dan penyelewengan ke atas agama. Hati-hatilah.

#Khawarij
#KhawarijQadiyah
#JanganJadiKhawarij
#KhawarijAnjingNeraka

83% Manifesto BN Sudah Dikotakan, Manifesto Pembangkang Apa Cerita?



Di sebalik serangan bertubi tubi yang tidak berasas  dibuat oleh pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan tetap juga mampu  melaksanakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas kepada rakyat.

Bagaimanapun, pembangkang melalui dua pakatan iaitu Pakatan Rakyat (PR) yang sudah berkubur dan Pakatan Harapan (PH) tetap gagal melaksanakan manifesto mereka malahan mereka gagal merancang untuk melaksanakannya.

Mereka sebenarnya memang merancang manifesto itu untuk gagal. Yang mereka jadikan ia berjaya adalah usaha mendapatkan undi sahaja.

Pembangkang sibuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, padahal janji mereka sendiri entah ke mana?

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilihat seperti jurucakap PH banyak membuat kajian mencari kesalahan orang lain.

Rafizi tidak mahu pula menjalankan kajian bersama Invoke Malaysia untuk mengkaji manifesto pembangkang. Apa prestasinya?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, telah gagal menjadi wakil rakyat kerana tidak melaksanakan manifesto yang dijanjikan oleh beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu pada 2014.

Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik ketika melancarkan manifesto tetapi sehingga ke hari ini bandar Kajang masih dibelenggu kesesakan lalu lintas, kekurangan tempat parkir kereta dan paling teruk banjir kilat hampir setiap bulan.

Azmin Ali juga mengaku gagal tunaikan manifestonya. Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah yang paling teruk kerana pada 1 Disember 2014, beliau mengaku Kerajaan Negeri Selangor masih gagal menunaikan manifesto PRU iaitu tawaran Biasiswa Menteri Besar. 

Sehingga hari ini, tidak ada apa-apa khabar berita pun berkenaan tawaran berkenaan dari Kerajaan Negeri. 

Pembangkang tak tunai janji buku jingga untuk  'Banteras Rasuah'. Dalam Buku Jingga pembangkang, ada satu janji mereka iaitu untuk 'Membanteras Rasuah' dan mereka jelas gagal melaksanakannya. 

Seorang pemimpin utama dalam pembangkang yang cukup lantang menuduh kerajaan BN adalah rasuah sudah pun menjadi OKT dalam kes rasuah iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. Adam Rosly, Ketua AMK PKR Ampang juga terpalit dengan rasuah.

Banyak kelemahan boleh ditemui oleh Rafizi seandainya beliau membuat kajian mendalam berkenaan kegagalan pembangkang melaksanakan manifesto mereka. 

Di Selangor, janji banyak tidak ditunai. Duit untuk khairat kematian orang mati pun disonglap. Duit SPLASH kena songlap. Duit buat pintu gerbang yang terlalu mahal, entah masuk ke poket kroni siapa.

Sama juga di Penang, masa berjanji bukan main lagi. Bila sudah perintah, DAP terus bertindak kejam ke atas rakyat. Air dinaik 4 kali, 25 kampung Melayu lenyap, nelayan hilang rezeki, tanah untuk buat rumah rakyat dijual pada kroni. Diam diam kroni songlap duit Yayasan Bumiputera sampai jutaan ringgit.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak adalah kerajaan bertanggungjawab. Kerajaan  akan cuba untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan bukan seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja.

"Pembangkang sentiasa akan mencari cara untuk menidakkan apa yang telah kita laksanakan. Mereka hanya akan cakap, cakap, cakap tapi kerja tak buat.

"Mereka hanya cakap, bawa fitnah, kerja tak buat. Itulah kerja mereka sebagai pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada supaya mereka dapat berkuasa," katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO pada 3 November 2016.

Sebanyak 83 peratus manifesto BN yang telah dilaksanakan itu merangkumi 4,172 projek melibatkan jumlah bernilai RM62.87 bilion  sehingga November 2016.

Pakatan pembangkang hanya mementingkan kerja menyerang kerajaan dan menghasut rakyat sahaja.

Pembangkang bila sudah jadi kerajaan di Selangor dan Penang tidak mahu merancang secara teliti untuk menunaikan janji yang mereka buat semasa pilihan raya. 

DAP dan PKR sebenarnya tidak berminat pun membantu rakyat. Oleh sebab itulah, perancangan mereka contohnya Buku Jingga hanyalah sekadar buku sahaja. Buku Jingga itu dicampak entah ke mana sekarang ini.

Tinggal setahun lagi menjelang Mei 2018, cukup 5 tahun penggal PRU13. Lihatlah apa yang pembangkang akan janji pula pada PRU14 nanti. 

Mereka akan buat buku warna apa pula nanti untuk terus menyedapkan telinga rakyat. Hanya sedap didengari sahaja, untuk meraih undi semata mata. Lepas dapat undi, mereka akan lari, janji pun mereka tidak ingat lagi.

Itulah perangai pembangkang. Apa cerita manifesto pembangkang yang sebelum ini? Boleh nyatakan berapa peratus janji yang sudah ditunai? Pembangkang tidak akan menjawab, dia asyik soal hal orang sahaja, hal sendiri tidak mahu jawab. 


Rabu, 26 April 2017

Berkenaan Kerjasama Saya Dengan Pasukan Petugas Khas Forex- Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA



Saya memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998. Saya berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasa.

Dalam kesempatan singkat pada 20hb April lalu, saya telah jelaskan antara lain bahawa:

1. Sebaik menyandang jawatan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin) ada menyentuh urusan dagangan matawang oleh Bank Negara Malaysia. Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika (Fed); Bank Pusat England dan IMF telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan.

Berikutnya, dalam taklimat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Jaafar Hussein, beliau menafikan keterlibatan BNM sambil menekankan bahawa penglibatan BNM adalah sah sekadar mempertahankan kedudukan ringgit dalam pasaran.

2. Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM. Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, manakala deraf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka. Memandangkan saya dan Kementerian Kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, Gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut "kerugian atas kertas".
Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.

3. Dari perkembangan tahun berikutnya, 1993, ternyata urusan tersebut diteruskan; dan jumlah kerugian ketika itu, dianggar sekitar RM9 bilion hingga RM10 bilion.  Gabenor BNM membuat pengakuan kepada saya bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak memberi laporan tepat kepadanya dan beliau telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai petugas yang bertanggungjawab. Tan Sri Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya, walaupun saya akui kewibawaannya dan percaya bahawa beliau tidak diberikan keterangan lengkap oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
4. Tan Sri Ahmad Don yang mengambil alih tugas Gabenor BNM pada tahun 1994 telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.
Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan 'contingency fund', 'reserve fund', 'insurance fund'; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.

5. Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri. Dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan Kedua pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat bahawa beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara.

6. Dalam pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Forex ini, berulangkali saya tegaskan keperluan dibekalkan dengan laporan dan dokumen untuk memastikan perjalanan lebih telus dan teratur. Perkara ini belum dilaksanakan. Saya juga perhatikan masalah wujud manakala keputusan Pengerusi membenarkan peguam saya, R Sivarasa, hadir untuk saya rujuk, tetapi keputusan ini diketepikan oleh seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

Anwar Ibrahim
26 April 2017

Tony Phua masih memutar belit isu 1mdb dan IPIC

PRESS RELEASE 
Wong Chen
Member of Parliament for Kelana Jaya

IPIC-1MDB Settlement to be borne by Malaysian Taxpayers

The settlement reached between IPIC and 1MDB today is a fair deal for Abu Dhabi but a very bad deal for Malaysian taxpayers. Malaysian taxpayers via the Ministry of Finance (MoF) are now exposed to more than US$6 billion (RM26.4 billion) in payments to IPIC for the financial scandals of 1MDB, where not a single person has been arrested by the Malaysian authorities. 

Contrary to what will surely be portrayed in the local government media as a settlement that favours Malaysia's interests, the announcement by IPIC in the London Stock Exchange today proved otherwise, that IPIC got exactly what it asked for and what it was legally entitled to.
   
In June 2016, IPIC instituted legal proceedings to recover approximately US$6.5 billion from 1MDB. Reuters reported on the matter on 14th June 2016 and provided the breakdown of the claim: "IPIC is claiming the $3.5 billion bond plus interest that amounts to $4.8 billion, the $1.2 billion loan plus interest, and about $481 million owed to Aabar -- adding up to $6.5 billion, a person familiar with the matter told Reuters."

The settlement announced today is substantially the same as IPIC's original demand in 2016, save for possibly of some minor waiver of interests. IPIC will get their US$1.2 billion in two tranches of US$603 million each in July 2017 and December 2017.  More importantly, MoF will also undertake to pay all interest and principal payments from the US$3.5 billion bond which now must surely amount to more than US$4.8 billion. The settlement however makes no mention on the US$481 million owed to Aabar.  

While Abu Dhabi has taken proper actions to remove from IPIC and freeze the accounts of Mr Qubaisi and Mr Husseiny, and in addition, arrested Mr Qubaisi, all the people on the Malaysian side responsible for the world's biggest ever kleptocracy case, remain free from any actions whatsoever by the Malaysian authorities. 

This settlement serves to only benefit the infamous Malaysian Official 1, Prime Minister Najib Razak and his friends. The settlement essentially allows Najib Razak to avoid a trial which would have opened a gigantic can of worms. Instead of justice and closure, this settlement today further ingrains the culture of corruption and impunity in Malaysia at the expense of the people.  

Wong Chen
MP for Kelana Jaya
24th April 2017

Opposition should stop sabotaging the economy


Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan


26 April 2017

1.       As we have seen time and time again, the opposition puts its personal ambitions and self-interest ahead of what is best for Malaysia.

2.       Rather than welcome the announcement that 1MDB has settled its differences with IPIC and monetised all its investment fund units – meaning the challenges facing 1MDB have now been resolved – members of the opposition seem intent to continue their programme of undermining our economy.

3.       They have tried every trick in the book. From sabotaging the IPO of 1MDB's energy assets which led to this situation, to falsely declaring to the world that Malaysia is a bankrupt state. However, it should be clear even to them that these attempts have failed.

4.       Now they are trying to distract the rakyat by spreading more lies, such as suggesting that Malaysian taxpayers will have to bail-out 1MDB and make US$6 billion in payments.

5.       This is absolutely not true and detracts from the fact that 1MDB's fund units assets worth up to US$2.5 billion have been monetized and a significant milestone has been achieved towards the completion of 1MDB's rationalization plan that started almost two years ago.

6.       The first tranche of payments for it has already been received by 1MDB in cash.

7.       Additionally, 1MDB and IPIC have announced that they will enter into negotiations to settle other payments made by 1MDB that is separate from the US$2.5 billion arising from the monetization of the fund units.

8.       This not only proves that, contrary to the oppositions lies, the funds have existed all this while. But it also slams the door shut on their wild allegation that these funds were somehow transferred to the Prime Minister's accounts – an allegation that had previously been rejected by no less than the Saudi Foreign Minister who publicly stated that these funds were a donation from the Saudi Royal Family.

9.       There can now be absolutely no doubt that these allegations were malicious lies intended to bring Malaysia's economy to its knees, just for selfish political gain.

10.       The DAP-led opposition, and its supporter Tun Mahathir, should accept that their campaign has failed.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Barisan Nasional Strategic Communications Director.

DALAM TEMPOH 7 TAHUN MALAYSIA SEMAKIN CEMERLANG DI BAWAH NAJIB





Residensi Pandanmas yang saya lancarkan semalam merupakan satu lagi projek perumahan yang dibina untuk memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) mempunyai kediaman yang selesa dan berkualiti.

Projek ini menawarkan 700 unit kediaman yang berharga antara RM280,000 hingga RM300,000 untuk keluasan 850 kaki persegi dan 900 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu serta ruang makan yang selesa. Selain mempunyai kemudahan yang lengkap, lokasi projek perumahan ini juga amat strategik dan saya percaya harga pasaran seunit boleh mencecah antara RM500,000 hingga RM700,000. Ini bagaikan durian runtuh kepada pembeli-pembeli yang layak!

Residensi Pandanmas yang saya lancarkan semalam merupakan satu lagi projek perumahan yang dibina untuk memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) mempunyai kediaman yang selesa dan berkualiti.

Projek ini menawarkan 700 unit kediaman yang berharga antara RM280,000 hingga RM300,000 untuk keluasan 850 kaki persegi dan 900 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu serta ruang makan yang selesa. Selain mempunyai kemudahan yang lengkap, lokasi projek perumahan ini juga amat strategik dan saya percaya harga pasaran seunit boleh mencecah antara RM500,000 hingga RM700,000. Ini bagaikan durian runtuh kepada pembeli-pembeli yang layak!

Kerajaan turut prihatin dengan 300 keluarga setinggan kaum India yang telah menetap di kawasan ini sejak hampir 30 tahun lepas. Oleh itu, mereka akan mendapat rumah baharu yang ditawarkan pada harga RM42,000 seunit melalui subsidi silang. Tawaran rumah itu adalah sebahagian daripada program penempatan buat kesemua keluarga terlibat dan kerajaan akan memberikan 100 peratus pinjaman menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan di Kuala Lumpur.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pemaju yang telah berjaya menyiapkan pembangunan ini 9 bulan lebih awal daripada tarikh asal. Ini membuktikan bahawa dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan, rakyat kita juga yang akan mendapat manfaat ‘delivery’. Insya-Allah, Residensi Pandanmas 2 yang menawarkan 1,920 unit juga akan dapat disiapkan lebih awal daripada jangkaan asal pada tahun 2019.

Secara keseluruhannya, saya percaya kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pembinaan 80,000 rumah mampu milik di seluruh Wilayah Persekutuan.

Dipetik daripada

NAJIBRAZAK.COM

https://www.najibrazak.com/bm/blog/rumawip-residensi-pandanmas/